14 Jan 2015

Cara Membuat OHN (Oriental Herbs Nutrient)

Oleh Tuan   ~

Dari kiri Kiri : OHN Bawang Puteh, OHN Halia
dan OHN Kunyit

Pada posting yang lepas saya telah berkongsi berkenaan dengan cara-cara untuk menyediakan EM (Effective Microorganism) - Lactobacillus Serum/Lacto Serum seperti apa yang telah diterangkan oleh Pn. Salina Shamsudin.  Posting tersebut diterima baik oleh peminat pokok tin dan ramai yang ingin mencuba menyediakan EM berkenaan.  Padi posting kali ini, Pn. Salina Shamsudin bersama kita lagi untuk berkongsi cara untuk membuat OHN (Oriental Herbs Extract) pula.

Ini dia cerita Pn. Salina Shamsudin

OHN juga dikenali sebagai FPE (Fermented Plant Extract).  Bahan ini adalah sangat baik untuk menambah pertahan pokok dari jangkitan kulat, virus dan serangan serangga perosak atau dengan kata lain bahan yang boleh digunakan untuk proses imunisasi pokok .


Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan OHN ialah bawang putih, halia, kunyit hidup, kulit kayu manis, tong kui, kam coo, akar seruntun dan daun mambu.  Kam coo dan tong kui tu boleh dibeli dikedai senseh.

Bahan-bahan ini digunakan untuk membuat OHN kerana secara berasingan ianya mempunyai sifat-sifat tersendiri untuk melawan penyakit tanaman.  Sifat-sifat bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:

Bawang putih  -  dibenci oleh serangga perosak dan anti bakteria.
Halia  -  anti kulat.
Kunyit  -  anti kulat.
Tong kui  -  mengandungi coumarin, menghalang penyakit yg disebabkan oleh kulat.
Kam coo  -  mengandungi glycyrrhizin, anti virus dan bakteria.
Kulit kayu manis  -  mengawal kulat, bakteria dan virus.
Akar seruntun  -  mencegah serangga penghisap cecair tumbuhan.
Daun mambu  -  serangga tak suka, fungus juga tak suka padanya.


Cara Pembuatan

Terdapat 3 cara pembuatan iaitu  a) Kaedah diperam bersama gula merah, b) Kaedah diperam dengan air dan c) Kaedah direndam dengan alkohol dan gula merah. 

Saya akan terangkan cara pembuatan yang pertama dahulu kerana ianya senang hendak difaham dan dibuat. Pembuatan cara kedua dan ketiga saya akan cerita pada masa lain, InsyaAllah.

Cara peraman dgn gula merah
-  Saya guna cara ini untuk peram kunyit hidup, halia dan bawang putih.
-  Potong kunyit hidup, halia, bawang putih, asingkan ketiga tiganya, campur dengan gula merah, nisbah 1 : 1.  Ini bermakna :  1kg halia + 1kg gula merah; 1kg bawang putih + 1kg gula merah dan 1kg kunyit + 1kg gula merah.
-  Peram ketiga2nya berasingan, selama 7 hari.
-  Selepas 7 hari, tapis & Campurkan : 100 ml OHN bawang putih + 100 ml OHN kunyit + 100ml OHN halia (Letak dalam satu bekas)


Cara guna 
Cairkan 5ml OHN/1L air. Sembur pada tanaman dan tanah 1@2 kali seminggu.


Jangan lupa...  
Pn. Salina Shamsudin akan terus bercerita dua lagi kaedah pembuatan OHN dalam masa terdekat.  Kaedah tersebut adalah seperti berikut.
  1. Kaedah diperam dengan air 
  2. Kaedah direndam dengan alkohol dan gula merah. 

Bacaan Tambahan

Cara membuat EM (Effective Microorganism) - Lactobacillus Serum/Lacto Serum



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter