12 Jan 2015

Anak Tut Layu Selepas Pemindahan Ke Polybag Besar

Oleh Tuan   ~

Bagi mereka yang kurang pengalaman dalam ilmu pertanian dan khususnya bagi pokok tin, peratus kejayaan bagi penanaman anak keratan adalah adalah sangat rendah, walaupun semasa dibeli anak pokoknya nampak segar dan tiada cacat cela.  Apabila disemai kedalam polybag atau pasu yang lebih besar, kebanyakkan layu dan terus mati.  

Kes-kes seperti ini banyak terpapar dalam grup-grup FB pokok tin dan bersama ini saya rekod satu kes yang dikemukakan oleh Xcayalu Cacamarba. Mengikut apa yang diberitahu  Xcayalu Cacamarba pokok dalam cawan akar cantik dan penuh.  Tetapi apabila ditukar ke pasu besar, dalam 3-4 hari pokok mula layu.  Tanah didapati lembab.  Media yang digunakan ialah tanah hitam + perlite + sekam bakar + peat moss.  Anak ini diletakkan ditempat teduh.

Mengapa ini boleh berlaku?

Pokok layu setelah 3-4 hari
dipindah ke dalam pasu

Akar tut dalam cup plastik
nampak cantik

Pandangan ahli grup FB

Kes yang telah dikemukakan banyak mendapat maklum balas dari ahli lain. Antara kemungkinan yang boleh berlaku hasil dari maklum balas tersebut saya rumuskan berikut:

1.  Media yang digunakan adalah tidak sesuai (terlalu lembab) atau pemberian air yang berlebihan.

2.  Tidak membuang media tut yang digunakan sebelum menanam ke dalam polybag.

3.  Anak benih terdedah kepada cahaya matahari (diperhati dari daunnya yang melecur).  Ini ada kaitannya tidak membuat proses penyesuaian (hardening) yang baik.

4.  Anak telah dijangkiti kulat dan menyebabkan jangkitan pada akar dan seterusnya memberi kesan terhadap pengambilan air.

Cadangan yang dibuat.

1.   Repot dengan mengambil kira komen diatas.

Pembacaan berkaitan:

Kaedah Pemindahan Anak Tut Ke Dalam Polybag
Kawalan Kelembapan (Humidity) Bagi Anak Tut Yang Baru Di Pindah Ke Pasu / Polybag
Proses Penyesuaian (Hardening) Anak Semaian Pokok Tin
Teknik Penyemaian Keratan Batang Bersama Saudara Azizi Ismail.......
Laporan Forensik Kes Kematian Brunswick



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter