3 Jan 2015

Air Rendaman Daun Wilow Sebagai Bahan Penggalak Pertumbuhan

Oleh Tuan   ~

Sebelum ini saya telah menceritakan penggunaan air rendaman daun kering pokok ketapang sebagai bahan penggalak akar dan pertumbuhan bagi tanaman pokok tin.  Disini saya ingin memperkenalkan satu lagi tanaman yang banyak digunakan oleh peminat pokok tin sebagai bahan penggalak akar dan tumbuhan. Tumbuhan tersebut ialah pokok willow (Salix spp).  Pokok ini juga dikenali dengan pokok liu, weeping willow atau pokok janda merana.

Daun bentuk memanjang

Bahan bioaktif

Kulit dan daun pokok willow banyak digunakan secara tradisional untuk deman dan sakit-sakit badan.  Bahan bioaktif utama yang terdapat dalam pokok willow ialah salicin.  Dalam badan manusia, salicin ditukar kepada asid salicylic. Kompaun ialah bahan asas (precursor) kepada aspirin.  Asid salicylic ialah asid monohydroxybenzoic (sejenis asid phenolic & asid beta hydroxy).  Formula kimianya ialah C7H6O3.  Asid ini banyak digunakan dalam sintesis organik dan berfungsi hormon pertumbuhan bagi tanaman.

Bunga

Pokok


Persediaan air rendaman 
daun willow

Penyediaan dan penggunaan air daun willow

Bagi pokok willow,  daun pucuk muda digunakan.   Cincang segengam daun muda berkenaan sehingga halus (ukuran lebih kurang 1-2 cm) dan rendam didalam 10 liter air suam selama 4-5 jam.  Air rendaman tersebut boleh digunakan untuk merendam keratan ranting atau direnjis pada media semaian.

Kesan rawatan daun willow
terhadap ranting muda (warna hijau)

Daun yang dipotong kecil boleh juga diletakkan dipermukaan media tanaman. Selain bertindak sebagai sungkupan, ianya juga terbukti boleh membanttu dalam pertumbuhan akar baru dan pembesaran pokok.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter