19 Jan 2015

GA3 (Gibberellic acid) Dan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Apa itu GA3 (Gibberellic Acid)?

Giberallic acid atau juga dikenali dengan A3, GA atau GA3 ialah sejenis hormon yang secara semula jadi terdapat pada tumbuhan dan fungi.  Formula kimianya ialah CH19H22O6.  GA3 tulin bewarna puteh atau puteh kekuningan. Pengeluaran GA3 oleh tanaman ini adalah sangat sedikit. Walau bagaiimanapun GA3 boleh disintesis secara komersial oleh microorganiisma. GA3 juga boleh dihasilkan dengan kaedah fermentasi pepejal (Solid State Fermentation / SSF) dengan menggunakan bahan buangan industri pertanian.

GA3 tulen berwarna puteh atau
puteh kekuningan

Bagaimana ia berfungsi

GA3 ialah ialah ialah sejenis gibberllin mudah (simple gibberllin) atau pentacyclic acid yang berupaya merangsang pembesaran sel.  Ianya mempengaruhi proses penghuraian (decomposition) dan pada kadar yang bersesuaian, ianya boleh membantu pertumbuhan dan seterusnya meningkat ketahanan pokok.  Antara proses pertumbuhan yang dipengaruhi oleh GA3 ialah pemanjangan batang, percambahan, tidak aktif (dormancy), pengeluaran bunga pengeluaran enzim dan kematangan daun dan buah.  Memandangkan ianya mengawal pertumbuhan, penggunaan pada kadar yang berlebihan boleh memudaratkan tanaman.  Pada umumnya kadar penggunaan ialah antara 0.01 hingga 10 mg / L, bergantung kepada jenis tanaman.

Penggunaan GA3 dalam pertanian

Secara komersial penggunaan GA3 adalah pelbagai dan pada banyak jenis tanaman.  Antara tanaman yang biasa digunakan di Malaysia ialah padi, tanaman melon (melon wangi), nenas, tanaman sayur seperti cili, tomato dan terung. Kaedah penggunaan ialah sembur keseluruhan tanaman pada peringkat pertumbuhan awal dan sebelum berbunga untuk menggalak perngeluaran dan buah yang lebih berkualiti.  Pada umumnya pokok akan menjadi lebih subur dan seterusnya akan menghasilkan buah yang lebih berkualiti (lebih besar, padat dan manis).

Di Malaysia, GA3 dipasarkan dalam 3 bentuk iaitu 1) Serbuk (selalu dipack dalam sachet kecil seperti gambar dibawah 2) Dalam bentuk cecair (mengandungi 5% GA3) dan 3) Dalam bentuk tablet (macam tablet Panadol - 3 gm dengan mengandungi 75% GA3)

Daun lebih subur & besar
(Perkongsian Tn. Hafif Nordin)


Kesan terhadap mata ketam - lebih besar
(perkongsian Tn. Malik Yusof)

Pucuk & buah cepat membesar
(Perkongsian Tulipsweet Garden)

Penggunaan GA3 bagi pokok tin

Kajian yang dijalankan diluar negara jelas menunjukkan penggunaan GA3 dapat meningkatkan keluasan daun, proses fotosintesis dan seterusnya kualiti.  Buah didapati lebih padat, kandungan karbohidrat (gula) yang lebih tinggi dan lebih tahan daripada buah retak (fruit cracking) berbanding dengan pokok tanpa rawatan GA3.

Memandangkan pengeluaran pokok tin di Malaysia agak baru, sehingga kini masih belum ada kajian khusus berkenaan penggunaan GA3 dalam pengeluaran pokok tin.  Walau bagaimanapun pada pandangan ianya adalah sama sahaja dengan tanaman komersial lain yang telah digunakan dengan begitu meluas di Malaysia.   Berdasarkan fakta ini beberapa kajian amatur telah dijalankan oleh beberapa penggiat pokok tin di Malaysia.  Keputusan awal yang diperoleh adalah amat mengalakkan.  Disini saya paparkan perkongsian dari beberapa penggiat pokok tin di Malaysia.

1.   Semburan pada mata ketam (putit buah) - dari Tn. Malik Yusuf

Tuan Malik Yusuf telah membuat perbandingan antara putit buah (peringkat mata ketam) yang diberi semburan GA3 dengan yang tidak.  Keputusan yang diperoleh seperti dalam gambar diatas.  Putit yang telah disembur dengan GA3 didapati membesar sehingga lebih 2 kali ganda dengan yang tidak menerima rawatan.   Kadar yang diberi ialah secebit (jenis debu) GA3 dicampur dengan 500 ml dan disembur pada 5 biji mata ketam.



Di atas ialah produk yang digunakan oleh Tn. Malik Yusof.  Pada umumnya pengesyoran yang dibuat bagi produk ini ialah seperti berikut:
  1. Satu paket  dicampur dengan 500 ml air (air hujan / air mineral - tanpa kolorin) dan dibiarkan semalaman
  2. Larutkan semula campur diatas pada kadar 125 ml bagi setiap 20 liter air.  
  3. Kadar ini boleh digunakan membuat larutan berdasarkan kepada keperluan anda.

2.   Semburan pada daun atau pucuk muda - dari Tn. Hafif Nordin

Tn. Hafif Nordin telah menyembur GA3 pada pucuk / daun muda yang sedang membesar. Hasilnya daun didapati berkembang dengan lebih cepat, berwarna hijau dan pada keseluruhannya nampak lebih subur.

3.   Semburan pada daun muda / putit buah - dari Tulipsweet Garden

Tulipsweet Garden pula telah menggunakan GA3 untuk disembur ke bahagian pucuk muda dan buah yang sedang membesar.  Respons yang positif terhadap pertumbuhan pucuk dan buah muda telah diperhatikan.  Daun didapati berwarna lebih hijau dan subur.  Tulipsweet Garden telah menggunakan GA3 yang dalam bentuk cecair dengan kadar larutan 1-2 titik bagi penyembur 1 berkapasiti 1 liter. Cecair asal megandungi 5% GA3.

GA3 dalam bentuk
larutan

Peringatan dalam penggunaan GA3

Seperti yang telah diterangkan diatas, GA3 ialah sejenis bahan penggalak pertumbuhan. Ini bermakna ianya seharusnya digunakan secara berhemah. Kadar pemberian yang berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan yang tidak seimbang.  Batang pokok akan menjadi kursus hasil daripada rangsangan pembahagian sel yang melampau atau gila daun dan tidak mengeluarkan buah. Buah yang terhasil mungkin boleh juga retak atau pecah hasil daripada pembesaran sel berkaitan.  Sebaiknya semburan GA3 adalah selari dengan pemberian nutrien yang mencukupi untuk tanaman.

Pada umumnya dalam pertanian, GA3 digunakan untuk pertumbuhan dan seterusnya pengeluaran buah yang optimum. Sehubungan dengan itu ianya diberi pada pokok yang sudah matang dan bersedia untuk mengeluarkan hasil.  Pada peringkat pertumbuhan sebegini baja yang diberi seharusnya mengandungi K yang tinggi.

Peringatan

Penggunaan Atonik pada kadar yang tinggi (1 ml untuk 3 atau 5 ml) boleh mengimbangi pemberian dos GA3 yang berlebihan

Penghargaan

Ribuan terima kasih kepada sifu berikut yang telah berkongsi maklumat dalam penggunaan GA3 ini : Malik Yusof , Max Chew, Tulipsweet Garden, Hafif Nordin dll.

1 ulasan:
Write comments
  1. Hi, i wish to purchase Gibberelic acid. Can you contact me at chey2388@gmail.com ?

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter