10 Jan 2015

8 Kaedah Mengawal Perebakan Karat Daun (Fig Rust) Pada Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Kesan karat daun (leaf rust)  pada bahagian bawah daun

Disini saya quote satu 'distress call' dari salah seorang pengemar menerusi grup FB pokok tin baru-baru ini... 
"Serangga apakah ini yg berada dibawah daun fig saya ini?. Saya sudah buang semua daun-daun yang kena serang.  Boleh tak saya spray neem oil jika daun fig saya diserang lagi?"
Gambaran ini jelas menunjukkan masih ramai peminat pokok tin diluar sana masih belum faham apakah puncanya sebenarnya yang menyebabkan simptom diatas dizahirkan.  Sebenarnya ianya penyebab masalah diatas bukanlah serangga dan neem ekstrak bukan racun pilihan untuk mengawal penyakit ini.  Masalah diatas sebenarnya karat daun atau lebih dikenali Fig rusts.  Untuk pencerahan disini saya cuba terangkan serba ringkas berkenaan simptom, penyebab dan kaedah kawalan masalah karat daun ini.

Daun akhir kekuningan dan gugur

Simptom

Simptom pertama ialah titik kuning (sangat kecil) terbentuk dibahagian bawah daun. Karat berkenaan akan merebak ke bahagian atas dan warna berubah ke coklat kemerahan. Dalam keadaan jangkitan yang teruk, keseluruhan daun akan menjadi kuning dan gugur. Simptom lebih jelas nampak pada daun matang dan tidak aktif membesar. Sehubungan dengan itu, jangkitan karat lebih jelas diperhatikan pada daun bawah. Pada umumnya, karat tidak menjangkiti buah. Walau bagaimanapun jangkitan karat yang teruk boleh menjejaskan vigor pokok dan seterusnya boleh menyebabkan buah gugur sebelum matang.

Faktor penyebab

Habitat asal pokok tin ialah cuaca jenis Mediterranean dimana ianya panas dan kering.  Dalam keadaan cuaca sebegini, masalah penyakit termasuk karat boleh dikatakan tiada.  Walau bagaimana pun dalam keadaan cuaca yang lembab, kelembapan relatif (relatif humidity), taburan hujan yang tinggi seperti Malaysia, kita akan menghadapi masalah penyakit dan perosak. Antara penyakit utama bagi pokok tin di negera-negara seperti ini ialah karat daun. Patogen penyebab penyakit karat daun pada pokok tin ialah sejenis fungus yang dikenali dengan Cerotelium fici (sebelum ini dikenali dengan Physopella fici). 

Kaedah kawalan

Kaedah kawalan yang boleh diamalkan adalah sepeerti berikut:

1.   Kawalan yang paling praktikal bagi mengawal perebakan karat ini ialah dengan memastikan tanaman daun tidak terdedah kepada air.   Sehubungan dengan itu, pengeluaran pokok fig adalah terbaik diusahakan dibawah sistem perlindung hujan dengan menggunkan menggunakan plastik UV sebagai peneduh.   

2.   Kaedah yang kedua ialah dengan menggunakan sistem pengairan yang memberi air terus ke tanah (kawasan akar).  Dengan itu, penggunaan sistem pengairan sprinkler tidak digalakkan.  Sebaliknya pengairan titis adalah disyorkan. Sistem ini adalah terbaik kerana ianya boleh menjimatkan air, tidak memerlukan pam yang berkuasa tinggi untuk operasi.  Selain daripada itu, amalan fertigasi boleh dipraktikkan.  

3.  Beri air pada waktu pagi kerana amalan ini akan memberi peluang kepada yang lembab selepas pengairan akan menjadi kering apabila matahari naik pada waktu tengah hari atau petang.

4.  Pastikan pengudaraan kawasan tanaman adalah terbaik.  Ini boleh dibuat dengan mengamalkan jarak tanaman yang bersesuaian.  Bagi meningkatkan pengudaraan di dalam rumpun tanaman, amalkan pemangkasan yang berhemah dengan membuang rating-ranting sulur dan daun-daun tua.  Pengudaraan yang baik boleh mengurangkan kelembapan kawasan 

5.  Amalkan sistem pembajaan yang optimum.  Pemberian baja yang bersesuain telah terbukti dapat meningkatkan ketahanan pokok tin terhadap karak daun. Sebagai contoh pemberian bajan N yang berlebihan boleh menyebabkan tisu daun menjadi lembut dan seterusnya memudahkan jangkitan penyakit karat ini. Oligichitosan juga telah dilaporkan berupaya meningkat ketahanan sel daun dari jangkitan penyakit.  Selain daripada itu kajian juga menunjukkan sumber Ca boleh meningkatkan ketahanan terhadap serangan penyakit termasuk karat daun.

6.  Jaga kebersihan ladang penanaman.  Keadaan ladang dan kawasan penanaman hendaklah sentiasa bersih daripada sisa tanaman dan bahan lain yang boleh menyebabkan keadaan persekiran lembab.  Buang daun-daun yang gugur (terutama yang telah dijangkiti) secara berhati-hati dengan memasukkan ke dalam bag plastik dan di bakar.  Daun yang telah dijangkiti akan mengandungi spora yang halus dan mudah berterbangan diudara dan menjangkiti pokok lain.

7.   Satu lagi kaedah penting dalam pengurusan penyakit, termasuk penyakit karat daun pada pokok tin ialah penggunaan varieti yang tahan kepada penyakit ini.  Buat masa ini kajian khusus masih belum ada (rasanya) tentang penilaian varieti yang ada di Malaysia dari segi ketahanan kepada penyakit karat.  Walau bagaimanapun saya menerima maklum balas daripada penaman bahawa Syirian Long adalah tidak tahan kepada penyakit ini. Sebaliknya ada yang mengatakan archipel ialah antara varieti yang tahan terhadap penyakit karat ini. Mungkin maklum balas daripada pengusaha boleh memperlengkapkan lagi info ini.

8.  Guna racun fungus yang bersesuaian.  Apbila dijangkiti oleh karat ini, kawalan adalah agak rumit.  Dilaporkan penggunaan racun berasakan copper sulphate boleh mengawal penyakit karak pada pokok tin.

.. bagi penanam pokok tin di negara tropikal seperti Malaysia, jangkitan karat daun terutama pada musim hujan adalah perkara biasa dan tidak membimbangkan. Ia biasanya tidak menyebabkan kematian walaupun mungkin menjejaskan dari segi pertumbuhan dan seterusnya penghasilan buah yang maksimum...

1 ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter