24 Dis 2014

Teknik Menyemai Keratan Batang Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Pokok tin antara tanaman yang agak mudah untuk dibiakkan.   Ianya boleh dibiak sama ada dengan membuat tut dan tanam anak tut yang telah berakar atau membuat semaian batang hasil kerja pemangkasan yang dibuat.  Kejayaan menghasilkan bahan tanaman dengan menggunakan keratan ranting adalah sangat jika ianya dibuat dengan cara yang betul.  Bersama ini saya cuba paparkan keadah yang dikongsikan oleh Silver Art Bengal dalam penghasilan anak benih.

Bahan yang perlu

1.  Keratan batang yang sesuai.
2.  Cawang plastik telus cahaya bagi memudahkan membuat pemantauan pertumbuhan akar.
2.  Media semaian (rujuk pilihan media dibawah).
3.  Bekas polystyrene (saiz yang bersesuaian).

Cara penyemaian

1.  Pilih keratan batang yang bersesuaian.  Keratan seharusnya batang yang ukuran diameter dalam lingkungan 8-12 mm.  Keratan batang ini terlebih dahulu direndam dalam bahan penggalak akar (Contoh Atonik) dan racun kulat semalaman.
2.  Tebuk cawan plastik : 6-8 ditepi dan 2-3 lubang dibawah.
3.  Isi media semaian lebih kurang 3 cm tebal dibahagian bawah cawan.
4.  Letakkan keratan dan timbus dengan media sehingga memenuhi cawan berkenaan.  Jangan padatkan sangat media tersebut.
5.  Pasangkan penutup cawann tersebut dengan teliti supaya keratan batang tidak mudah bergerak.
6.  Letakkan dalam bekas polystyrene dan tutup rapat.
7.  Letak ditempat cahaya matahari pagi (sampai jam 10 sahaja).

Pilihan media untuk penyemaian

  1. Media yang boleh dijadikan pilihan ialah cocopeat atau sphagnum moss dll
  2. Bahan media yang digunakan hendaklah hanya lembab (tidak ada air yang melilih)



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter