26 Dis 2014

Sindrom Mabuk Daun... Mengapa?

Oleh Tuan   ~

Disini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat yang dipaparkan oleh Fig Malaysia iaitu berkaitan dengan sindrom mabuk daun.  Sindrom mabuk daun ialah keadaan dimana pertumbuhan sesuatu tanaman tertumpu kepada pertumbuhan vegetatif (pertumbuhan sulur muda dan daun) dan tidak pada pengeluaran bunga dan seterusnya buah walaupun ada keadaan biasanya peringkat umurnya sudah cukup matang untuk berbuah.




Mengapa keadaan ini boleh berlaku?.   Pada umumnya ini berlaku apabila pemberian baja adalah tidak seimbang dengan apa yang diperlukan oleh tanaman.   Baja nitrogen (N) yang tinggi adalah diperlukan pada awal pertumbuhan pokok (peringkat pertumbuhan vegetatif) dan selepas pokok berbuah untuk pengeluaran pucuk dan pertumbuhan baru.  Pada peringkat mula berbunga dan seterusnya berbuah, pokok memerlukan baja yang mengandungi sumber Potassium (K) yang tinggi.

Respons terhadap pemberian baja N dan K bagi sesuatu spesis tanaman adalah berbeza mengikut varieti.  Sehubungan dengan itu, pada kadar pemberian baja yang sama, sesetengah varieti memberi respons yang berbeza berbanding dengan varieti lain. Bagi penanaman pokok tin, pemerhatian ini telah dicatatkan oleh Dato' Syed Elias (Fig Malaysia).   Beliau melaporkan sesetengah varieti telah mengalami sindrom mabuk daun.  Ini bermakna varieti tersebut telah menerima baja N yang berlebihan atau kekurangan baja K dari apa yang diperlukan. Pemerhatian seterusnya sedang dibuat oleh Dato' Syed Elias untuk menentukan apakah varieti-varieti tersebut.




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter