26 Dis 2014

Pilihan Rumah / Bangsal Pelindung Hujan Berskala Kecil / Sederhana

Oleh Tuan   ~

Pokok tin adalah agak sensitif kepada air berlebihan, terutama sekali air hujan. Air yang berlebihan boleh menyebabkan akar buruk dan seterusnya mati. Daunnya juga adalah tidak tahan jika sentiasa lembab kerana ditimpa air hujan. Daun akan menjadi berkarat dan kadangkala mudah dijangkiti kulat dan penyakit-penyakit lain.  Sehubungan dengan itu, penananam pokok tin adalah terbaik didalam keadaan pemberian air terkawal seperti dibawah rumah pelindung hujan.  

Bersama ini disertakan beberapa pilihan rumah pelindung yang berskala kecil dan sederhana dan untuk menanam pokok tin sebagai hobi sahaja.  Rumah pelindung hujan kecil ini sesuai sebagai tempat penyemaian bahan tanaman seperti semaian anak keratan, tempat pemulihan anak tut didalam semaian atau semaian biji benih.  Saiz boleh diubahsuai mengikut ruang yang ada.

Rumah pelindung hujan / kalis serangga


Rumah pelindung hujan / kaca

Saiz boleh diubahsuai mengikut
ruang yang ada

Pelindung hujan / jaring kalis serangga

Pelindung hujan / jaring kalis serangga

Pelindung hujan / jaring kalis serangga

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter