22 Dis 2014

Pemangkasan Cabang Sulur Untuk Mengalakkan Pertumbuhan Dahan Utama

Oleh Tuan   ~

Pokok yang sihat dan subur akan mengeluarkan banyak cabang kecil pada dahan utama.  Dahan-dahan ini pada kebiasaan tidak cukup kuat untuk mengeluarkan buah.  Dahan-dahan ini pada umumnya dikenali dengan dahan sulur (sucker shoots).  Bagi pokok-pokok buah-buahan seperti pokok dokong, rambutan dan juga durian, dahan salur ini dibuang untuk mengalakkan pembesaran dahan utama.  

Pemangkasan ranting sulur

Ranting sulur yang dibuang

Sifat pertumbuhan  pokok tin juga sama dengan pokok buahan-buahan lain. Pada kebiasaanya banyak ranting sulur akan tumbuh pada dahan utama.  Ranting-ranting juga harus dibuang bagi mengalakkan pertumbuhan dahan utama yang telah ditentukan.  Pada kebiasaanya hanya 3 hingga 4 dahan utama sahaja dibiarkan membesar dan yang lainnya dicantas.  Pembuangan ranting sulur akan mengurangkan saingan terhadap sumber nutrien dan cahaya matahari bagi dahan utama.

Proses pembuangan ranting sulur ini telah diamalkan oleh Dato' Syed Elias seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar diatas.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter