26 Dis 2014

Mengapa Tumbuh Tergencat?

Oleh Tuan   ~

Pertumbuhan tergencat adalah bermaksud pertumbuhan adalah tidak normal dan lebih lambat berbanding dengan keadaan biasa.  Pertumbuhan tergencat pada umumnya disebabkan dua perkara utama iaitu apabila kekurangan cahaya matahari untuk proses fotosentisis atau kekurangan pengambilan nutrien yang diperlu tanaman untuk pertumbuhan.  Kekurangan pengambilan nutrien oleh tanaman adalah disebabkan ada masalah dengan akar atau kekurangan sumber nutrien berkenaan.




Keadaan sebegini telah dikongsi oleh Dato' Syed Elias bagi sistem penaman fertigasi di ladang beliau.  Mengikut beliau, beberapa pokok telah mengalami pertumbuhan vegetatif yang amat perlahan dan tidak sihat berbanding dengan kebanyakkan pokok lain yang ditanam pada masa yang sama. Mengikut Dato' Syed, punca utama ialah masalah berkaitan dengan akar memandangkan faktor lain seperti sumber cahaya dan air adalah sama.  Mengikut beliau lagi, antara faktor-faktor yang menyebabkan pokok menjadi terbantut bagi tanaman tut dibawah sistem fertigasi adalah seperti berikut:                                                                                                          
  1. Penyebaran air atau baja tidak menyeluruh (water point) harus di ubah ubah mengikut kesesuaian pembahagian sebarannya
  2. Semasa pembancuhan medium tanah dibuat ada pembajaan awal dibuat dalam campuran medium mungkin tidak rata dan baja akan terkumpul di satu tempat,apabila penjirusan pun tidak rata maka ia tidak larut(dilute) dan (concentrated), apabila akar baru menjalar kekawasan in ia akan terperangkap di tempat baja 'clog' lalu akar baru itu akan mengalami (Tip burning) iaitu hujung ajar itu terbakar
  3. Element kulat dan fungus dalam tanah menyerang akar
  4. Semasa pemindahan anak benih dari polybag ke tanah mungkin akar cedera atau putus lalu infeksi fungus menyerang
  5. Kemasaman tanah turut menjadi punca ini ,adalah lebih baik semasa membuat campuran medium campur sedikit kapur untu neutralasasi tanah

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter