22 Dis 2014

Mengapa Penanaman Terus Anak Tut Dari Thailand Gagal?

Oleh Tuan   ~


Keratan tut

Selain daripada sumber bekalan tempatan, bahan tanaman bagi peminat pokok tin tempatan juga diperoleh dari luar negara.  Antara negara-negara tersebut ialah negara Eropah, negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Turkey. Ada juga yang memperoleh dari negara lain seperti Amerika, China dan Jepun. Oleh kerana sekatan Kementerian Pertanian yang tidak membenarkan membawa masuk segala jenis media tanaman, bahan tanaman tersebut dibawa masuk sama ada dalam bentuk keratan segar atau anak tut yang bersih dari apa bentuk media tanaman. Bergantung kepada kualiti bahan tanaman yang diterima, penanaman bahan tanaman jenis ini tidak menghadapi banyak masalah.

Peminat pokok tin tempatan juga mendapat bekalan bahan tanaman dari negara jiran Thailand. Bekalan dari Thailand biasanya diseludup masuk bersama-sama dengan media tut sekali.  Bagi pengusaha baru, mereka menganggap bekalan ini lebih selamat dan terus tanam ke dalam media tanaman sama ada pasu atau polybag kecil untuk proses pemulihan.  Pokok-pokok ini biasa gagal tumbuh dengan baik.  Kadar kematian boleh mencecah 90%.   Sebaliknya pengusaha yang berpengalaman akan membuang semua media tut dan tanaman bahan tanaman terseut sebagai anak tut tanpa media (bare root). Teknik ini menghasilkan pertumbuhan yang sangat baik.

Persoalannya mengapa?.  Pemerhatian yang dibuat oleh otai-otai pokok tin menunjukkan faktor utama yang menyebabkan kegagalan tersebut ialah media tut yang digunakan.  Media tut yang digunakan oleh pembekal anak benih Thailand ialah cocopeat.  Cocopeat apabila reput akan menyebabkan kawasan pertumbuhan akar akan menjadi acidic dan boleh merosakkan akar muda yang terbentuk.

Ini ialah apa yang dijelaskan oleh Dato Syed Elias...

"Untuk pengetahuan semua, kajian mikro sebatian telah dilakukan olih beberapa pihak, ternyata cocopeat adalah satu bahan medium yg sesuai untuk beberapa jenis tanaman jangka pendek, seperti Rock melon, lada, tomato dan lain lain, tetapi bagi tanaman buah tin ia didapati tidak berapa sesuai kerana cocopeat atau sabut kelapa menjadi asidic pada satu jangka masa tertentu apabila kelembapan yang tinggi. Pasa peringkat awalan ia akan memberi respond yang baik pada anak benih tetapi setelah beberapa jangka waktu process 'organik dissolved' ia akan menjadi masam dan akan menyebabkan tindakbalas negatif pada sistem akar anak benih tin. Akar akar muda anak benih tin (berwarna putih) akan menjadi hitam dihujungnya. Ini menandakan tindakbalas negatif akar tadi terhadap kemasaman medium.  

Apabila hujung akar ini berwarna hitam ia tidak lagi dapat berfungsi untuk menyerap nutrient atau makanan untuk pertumbuhan bahan tanaman tersebut.  Anak benih yang agak kuat akan menjadi 'domant' - hidup tidak mati pun tidak.  Bagi batang yang tidak kuat ia akan terus layu, reput akar dan mati.  Apabila nisbah kemasaman medium terlampau tinngi, ia akan menyebabkan reput akar dan dijangkiti kulat.  Walaubagaimanpun ada yang berpendapat media cocopeat boleh digunakan jika nilai pH dapat dkawal dengan dengan baik dengan menggunakan kapur atau media alkali lain,


Rujuka perbincangan FB di sini



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter