21 Dis 2014

Media Untuk Penanaman Dalam Bekas - Pasir atau Habuk Sabut (Coco Peat)

Oleh Tuan   ~

Pokok tin ialah tanaman yang sangat sensitif terdapat air.  Kejayaan penanaman pokok tin banyak tergantung kepada penggunaan media yang baik.  Media yang baik dapat mengekalkan kelembapan yang optimum untuk pertumbuhan pokok.  Media yang baik juga dapat mengekalkan sumber nutrien didalam media agar ianya tidak mudah larut lesap bersama air siraman.

Media utama yang harus digunakan bagi penanaman pokok tin ialah pasir sungai yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi.  Penggunaan media cocopeat dalam campuran medium boleh menyebabkan kemasaman media dan seterusnya boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan pokok dalam jangka masa panjang.  Kemasaman (pH rendah) akan menyebabkan pengambil nutrien oleh pokok tin akan terjejas.

Pasir sungai sebagai media utama

 Campuran pasir sungai dengan tanah
bakar atau sekam bakar

Sumber rujukan :  Beehutfigs

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter