21 Dis 2014

Laporan Forensik Kes Kematian Brunswick

Oleh Tuan   ~


Laporan kes

Satu laporan telah diterima bahawa satu pokok tin varieti Brunswick telah didapati layu dan gugur.  Hanya pucuk sahaja yang masih tinggal di pokok.  Ceding baru (mata ketam) juga didapati terbantut.  Itu tanda tanda pokok itu telah mati atau menuju ke kematian.  Yang menjadi kehairanan ialah pokok ini sihat dan subur sebelum itu dan telah agak established dengan adanya cabang-cabang dan ranting baru. Persoalannya mengapa keadaan ini boleh berlaku?

Hasil siasatan otai-otai pokok tin

Siasatan telah dibuat dengan terlebih dahulu mencabut pokok untuk membuat pemerhatian terhadap akarnya untuk mencari penyebab kematiann tersebut. Hasil siasatan yang dibuat menunjukkan akar telah memenuhi pasu dan akar didapati sihat dengan tiada akar yang berbengkat yang mana boleh dikaitkan dengan kehadiran nematod.  Keseluruhan akar serabut telah menjadi hitam dan tidak lagi berupaya lagi untuk mengambil air dan juga nutrien.  Pemerhatian juga menunjukkan ianya bukan disebabkan penyakit kerana kerana kesan serangan penyakit selalu bermula dari satu lokasi khusus dan merebak ke kawasan lain.

Pemerhatian seterusnya menunjukkan bekas tanaman tersebut diletakkan dikawasan yang berdekatan dengan saluran hujan walaupun dan menerima tempias yang pada kadar yang agak banyak pada hari-hari hujan.  Pemerhatian pada media tanaman juga menunjukkan media tanaman yang digunakan agak lembab dan ini menandakan pokok telah menerima kadar air yang berlebihan. Para penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa penyebab utama kematian tersebut ialah akar kelemasan akibat terima air yang berlebihan.  Keadaan cuaca pada masa kejadian adalah agak lembab dengan hujan setiap hari buat beberapa hari.

Pengajaran kepada pengusaha pokok tin

Pastikan pokok tin anda semua tidak kelemasan dalam keadaan cuaca yang lembab sekarang.  Elakkan daripada pendedahan kepada air hujan secara berterusan pada masa sekarang.  Jika penanaman dibuat dengan menggunakan bekas tanaman yang mudah alih, boleh pindah buat sementara ke tempat teduh. Jika tidak boleh bina struktur penghalang hujan.  Satu lagi peringatan kepada pengusaha pokok tin ialah pastikan media yang digunakan ialah bersesuaian.

Sayangilah pokok tin anda.   Pokok tin jarang mati disebabkan kekurangan air. Sebaliknya pokok tin banyak mati disebabkan berlebihan air.  Menyanyangi dan memanjakan pokok tin anda dengan memberi air yang berlebihan adalah tidak betul. Fikir-fikirkan lah....  

Sumber rujukan kes disini.

2 ulasan:
Write comments
  1. Kudos to Tn Musa Yaacob..love reading your blog..:)

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan kerana menyukai blog ini.... Harap ianya bermanafaat kepada peminat fig lain.Kepada otai2, mohon berkongsi info yang berguna.

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter