23 Dis 2014

Kegunaan Air Daun Ketapang Dalam Semaian Keratan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Pada masa ini ramai pengusaha pokok tin menggunakan air daun pokok ketapang dan dicampur dengan media tanaman untuk semaian keratan atau anak tut.   Untuk panduan semua bersama ini saya cerita sedikit berkenaan pokok ketapang dan cara penyediaan air daunnya dalam pembiakan pokok tin.


 Pokok ketapang (Sumber gambar

Pokok ketapang (Terminalia catappa) banyak di tanam sebagai tumbuhan landskap kerana cepat tumbuh dan bentuk pokok yang menarik.  Ianya kebanyakkan ditanam untuk teduhan.   Daun ketapang kaya dengan bahan kimia yang boleh dimenafaatkan.  Sehubungan itu,  air daripada daun dan kulit pokok ini banyak digunakan oleh pengamal rawatan tradisional bagi rawatan pelbagai jenis penyakit.  Air daun ketapang juga amat digemari oleh penternak ikan hiasan kerana ianya boleh menghapuskan beberapa masalah parasit, patogen bakteria dan juga kulat pada ikan.

Daun kering (Sumber Gambar)

Air daun ketapang (Sumber gambar)

Bagi peminat pokok tin, air daun ketapang banyak digunakan dalam pembiakan anak benih.  Kaedah penggunaannya adalah seperti berikut:

1.  Pilih beberapa helai daun yang baru gugur yang bersih dan bebas dari jangkitan kulat atau serangga perosak.  

2.  Bersih daun tersebut dari apa jenis kotoran dengan menggunakan air

3.  Rendam dalam air yang bersih (kalau boleh bukan air berklorin) semalaman.

4.  Kadar kepekatan adalah tidak begitu kritikal.  Walau bagaimanapun, 4-5 helai daun bagi 2 liter air sudah mencukupi

5.  Air rendaman kemudian dicampur dengan media yang akan digunakan untuk menyemai keratan atau anak tut.  Pastikan media tersebut hanya lembab sahaja (tidak basah).

Semain keratan dalam media
bercampur air daun ketapang

Catatan : 
Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic.  Penggunaan berterusan boleh menyebabkan media menjadi masam / acidic (pH rendah).

Rujukan perbincangan FB

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter