25 Dis 2014

Cara Tanam Pokok Buah Tin dari Keratan Tut

Oleh Tuan   ~

Disini saya paparkan yang apa dikongsikan oleh Silver Art Bengal berkenaan dengan teknik menanam pokok tut agar dapat dimanfaat oleh semua.  Ini khusus bagi anak tut yang menggunakan bahan media cocoa peat.  Bahan media ini terlebih dahulu dibuang sebelum ditanam ke dalam polybag atau bekas tanaman lain.


Langkah-langkah yang perlu di buat adalah seperti berikut:

Gambar 1 : Menyediakan media tanaman yang sesuai dalam bekas tanaman

Gambar 2 : Buka plastik pembungkus kawasan akar anak tut berkenaan dengan cermat agar tidak mencederakan akar anak pokok

Gambar 3 :  Buang media yang ada pada kawasan akar

Gambar 4 :  Bersih dengan air bersih jika ada sisa media tut tadi

Gambar 5 :  Buang / gunting akar tua / buruk jika ada

Gambar 6 :  Masukkan lebih kurang dua 5 cm ketebalan media tanaman didalam bekas tanaman diikuti dengan anak tut tadi.

Gambar 7 :  Penuhkan polybag dengan media yang telah disediakan

Gambar 8 :  Letak polybag tanaman tadi ditempat yang teduh buat beberapa hari dan elakkan dari menerima air yang berlebihan.  Walau bagaimana pun, pastikan media sentiasa lembab.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter