23 Dis 2014

Apakah Tujuan Pemangkasan Pucuk (Bersunat)

Oleh Tuan   ~

Pemangkasan pucuk (bersunat)

Mengapa perlu buat pemangkasan pucuk

Bahan tanaman yang digunakan dalam pengeluaran pokok tin ialah keratan batang atau anak tut.   Pada kebiasaannya pada peringkat awal pertumbuhan, hanya satu atau dua cabang utama terbentuk.  Sifat pertumbuhan yang dikehendaki bagi pokok tin ialah rendang dengan 4 hingga 5 cabang utama.  Ini bagi memastikan ruang pembentukan buah di pokok adalah pada tahap optimum. Buah akan terbentuk pada cabang utama diketiak daun.

Pemangkasan pucuk (bersunat) dibuat bagi memberhenti pertumbuhan hujung (terminal growth) dan sebaliknya untuk mengalakkan pertumbuhan ranting sisi (lateral branch).  Pertumbuhan sebegini akan menyebabkan pokok akan tumbuh rendang dengan pengeluan 4-5 ranting sisi utama.


Bahagian pucuk yang dipangkas

Cara membuat pangkasan pucuk

Pokok sedia untuk dipangkas apabila ianya telah mencapai 1-2 kaki tinggi. Ianya dijalankan dengan memotong 3 hingga 4 helai pucuk muda dengan menggunakan gunting atau scatier tajam.  

Gunting tajam digunakan untuk 
memangkas pucuk


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter