1 Nov 2014

Pertumbuhan Putik Buah (Mata Ketam)

Oleh Tuan   ~

Peringkat awal pertumbuhan buah

Putik buah keluar pada ketiak daun.  Jumlah buah bagi setiap dahan / ranting matang adalah bergantung kepada varieti dan kesuburan tanaman.  Pemerhatian yang dibuat menunjukkan penanaman pada bekas yang kecil (dimana pembiakan akar mudah terhad) akan cepat mengeluarkan buah putik buah walaupun jumlah pada kebiasannya adalah sangat berkurangan dan saiz buah yang kecil.  Sehubungan dengan itu, ada pengusaha yang mencadangkan pokok tin hendaklah ditanam dalam keadaan pertumbuhan akarnya terhad.  Ini akan membolehkan pertumbuhan dapat dihadkan pada saiz yang tertentu sahaja.  Bagi penanaman diatas tanah ada yang mengesyorkan meletakkan batu dibahagian bawah didalam lubang penanaman.

Di kawasan tropikal seperti Malaysia jangka masa yang diambil dari pembentukan putik sehingga buah masak ranum dan sedia untuk dipetik ialah dalam lingkungan 3 bulan.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter