1 Nov 2014

Kawalan Nilai pH Dalam Tanah

Oleh Tuan   ~

Alat pengukur pH tanah

Nilai pH yang terbaik bagi tanaman 
ialah 5.5 - 7.0

Kapur pertanian (dolomite) boleh digunakan
untuk meningkatkan dalam pH

Apa itu pH

Huruf pH (power of H) ialah ukuran kandungan ion H dalam larutan dan dengan itu ianya merupakan ukuran kemasam tanah (acidity).  Nilai pH yang rendah seperti 4.0 menunjukkan tanah tersebut sangat masam atau acidic, 7 ialah neutral dan nilai melebihi 7.0 adalah alkaline.

Nilai pH dan Hubungan Dengan Tanaman

Kemasaman tanah amallah mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Ini kerana nilai pH yang rendah (tanah asidik) akan menyebabkan nutrien yang dibekal tidak mudah diambil tanaman. Terbaik nilai pH adalah dalam lingkungan 5.5 - 7.0.  Pada tahap nilai pH sebegini, kedapatan (availability) zat nutrien ialah pada tahap maksimum.

Tanah yang mempunyai pH yang rendah boleh dirawat dengan menggunakan kapur pertanian iaitu dolomite.  Kapur ini boleh gaul semasa membuat campuran jika tanaman didalam pasu atau digaul dalam lubang tanaman jika ditanam diatas tanah.

Kadar yang digunakan adalah bergantung kepada keasidan tanah.  Nilai pH boleh diukur dengan pH meter yang boleh dibeli dikedai-kedai penjual input pertanian.


Nilai pH yang terbaik adalah
antara 5.5 hingga 7.0


Carta kehadiran nutrien (availability of nutrients)
pada nilai pH yang berbeza





Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter