22 Okt 2014

Pertumbuhan Terbantut - Mengapa?

Oleh Tuan   ~


Pertumbuhan Terbantut

Pertumbuhan anak benih adalah terbantut dan tiada pengeluaran pucuk baru walaupun tanaman ini sudah agak lama, berbanding dengan pasu sebelah kanan yang mana pucuk muda dan ceding baru telah mula keluar.  Bab kata pepatah ... 'Hidup Segan Mati Tak Mau"

Mengapa keadaan ini boleh berlaku?.  Pada kebiasaannya ia mempunyai hubung kait yang dengan dengan pertumbuhan akar.  Ini bermakna akar madu tidak terbentuk dan mungkin disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1.  Media yang tidak sesuai yang mana boleh menyebabkan air bertakung yang mana boleh mengencatkan pertumbuhan akar.

2.  Pemeberian air yang berlebihan

3.  Akar serang perosak atau penyakit.

Cadangan Penyelesaian

Tukar media baru.   Media tersebut hendaklah mempunyai saliran yang baik.  Campuran pasir, tanah lapisan atas (topsoil) dan cocopeat/arang hancur / sekam padi bakar boleh digunakan.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter