15 Jan 2015

Perosak Pokok Tin - Longhorn Beetle (Batocera rufomaculata)

Oleh Tuan   ~

Kubang perosak menggigit
batang tin

Kubang perosak menggigit
batang tin

Keterangan perosak

Perosak ini lebih dikenali dengan long horn bettle (Batocera rufomaculata) dan merupakan perosak utama bagi tanaman mempelam (Mangifera indica). Serangga ini adalah dari keluarga Cerambicidae dalam order Coleoptera (Beetles). Di Kelantan kumbang ini lebih dikenali dengan kokkander.

Kesan kerosakkan pada batang

Kesan kerosakkan pada batang


Larva penggorek batang


Kesan pada urat daun

Kerosakkan

Serangga dewasa banyak terjumpa memakan kulit ranting muda pokok tin dan mengorek batang untuk bertelur.  Larva yang menetas akan mengorek batang matang, ranting muda dan seterusnya urat daun utama.  Dalam keadaan yang serius, ranting akan patah.  Keseluruan tanaman akan tumbang dan boleh meneyebab kematian jika serangannya pada pangkal pokok.  Perosak ini juga merupakan musuh utama bagi pokok mangga.  Dalam keadaan yang serius pada pokok mangga, dahan akan mati dan patah. Serangga ini juga banyak terdapat pada pokok cempedak, dokong dan nangka.

Kaedah kawalan

Serangga ini agak susah untuk dikawal kerana penyebab kerosakkan (larva) berada didalam batang.  Penyemburan biasa dengan menggunakan racun perosak tidak memberi kesan.  Bagi pemilik ladang mangga, kawalan selalunya dibuat dengan mencucuk (inject) racun serangga jenis sistemik kebatang.  Kaedah ini walau bagaimanapun hendaklah diamalkan dengan berhati-hati kerana racun sistemik yang diberi akan juga diambil oleh buah.  Penggunaannya hanya dijalankan selepas musim buah.   

Pengawalan yang terbaik bagi saya ialah dengan mengamalkan kebersihan ladang.  Pemantauan hendaklah sentiasa dibuat untuk mengesan simptom serangan perosak ini.  Jika ada, ranting yang terkena serangan hendaklah dipotong dan dibakar segera bagi mengelakkan perebakan ke tanaman lain.

Rujukan

http://en.wikipedia.org/wiki/Longhorn_beetle

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter