31 Okt 2014

Penyakit - Daun Berkarat & Berkeriput

Oleh Tuan   ~


Daun matang yang berkarat

Terkena serangan daun karat yang serius


Daun pokok tin ada sangat nipis.  Keadaan daun matang yang berkarat pada musim hujan adalah satu kebiasaan bagi pokok tin dan tidak memudaratkan tanaman.  Apa yang perlu pengusaha buat ialah memotong buah daun-daun tersebut.  Tapi jika keadaan ini berketelaluan ia boleh menyebabkan pertumbuhan tanaman tergencat.

Kemungkinan punca utama keadaan ini berlaku ialah tanaman mengalami kekurangan zat nutrien akibat dari larut lesap yang tinggi.  Ini kerana media yang digunakan bagi penanaman pokok tin ialah bersifat ringan (mengandungi banyak pasir dan saliran yang baik).

Bagi mengatasi masalah tersebut, pengusaha disyorkan memberi baja dengan kadar lebih kerap, tetapi sedikit (mungkin seminggu sekali).   Sebaiknya guna baja yang lambat beres (slow release) seperti baja organik dan sebagainya.   Untuk rawatan segera, pengusaha boleh juga menggunakan baja daun (foliar fertiliser) secara berkala.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter