26 Okt 2014

Pembiakan : Teknik Pengakaran Keratan Batang

Oleh Tuan   ~





Peralatan Yang Di Perlukan


-  keratan batang matang (6-8 nodes)

-  surat khabar lama

-  media yang menjadi pilihan (cocopeat atau sphagnum moss dll) - bahan media yang digunakan hendaklah hanya lembab (tidak ada air yang melilih)

-  bahan penggalak akar (eg clonex)

-  plastik pembalut media

-  bekas telus cahaya tertutup

Kaedah


1.  Bungkus keratan dengan longgar dengan menggunakan surat khabar lama yang telah dibashkan

2.  Wapkan keratan yang dibungkus dalam bekas bertutup ketat selama 10-14 hari.

3.  Selepas 10-14 hari, akar kecil atau callus akan terbentuk

4.  Bungkus dengan media 1/2 atau 3/4 daripada keratan tadi dengan media pilihan.  Bahagian batang yang akan dibungkus hendaklah disapu dengan bahan pengalak akar (seperti clonex) dengan cermat agar tunas akar yang baru terbentuk tidak rosak.

5.  Ikat plastik dengan kemas agar kelembapan didalamnya tidak terkeluar.

6.  Simpan kembali di dalam bekas tertutup.  Akar dijangka tumbuh (seperti gambar-gambar diatas dalam masa seminggu.

Catatan :

Terima kasih kepada Jontih Enggihon yang telah bekongsi teknik ini.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter