21 Okt 2014

Masalah Tak Berbuah

Oleh Tuan   ~

Pokok dan besar panjang - tidak berbuah.. Mengapa?

Asas bagi proses pembungaan ialah kematangan pokok, masalah pembajaan dan matahari yang mencukupi.   Pokok yang dibiak daripada anak benih tentu sekali memakan masa yang lama berbanding dengan pokok dari keratan batang atau teknik pembiakan tanaman yang lain. Pemberian baja tidak sesuai juga boleh menyebabkan pertumbuhan vegetatif yang berlelbihan dan seterusnya kurang mengeluarkan bunga.  Satu lagi faktor ialah tanpa cahaya matahari kebanyakan tidak akan mengeluarkan bunga dan seterusnya buah.  Faktor stress juga boleh mengalakkan pengeluaran bunga.

Antara kaedah penyelesaian adalah seperti berikut:

1.  Wujudkan ke stress - Ini boleh dijalankan dengan membuat pemangkasan atau mengurangkan pemberian air.  Keadaan ini membuat pokok merangsang untuk menghasilkan bunga.

2.  Berikan baja bunga - Pemberian jenis baja adalah hendaklah mengikut fisisologi pertumbuhan tanaman.  Bagi pringkat awal pertumbuhan, baja yang diberi hendaklah mengandungi N yang tinggi bagi membantu pertumbuhan vegetatif.   Apabila sudah matang, baja yang mengandungi K yang tinggi seperti N:P:K = 12: 12 : 17 hendaklah diberi.

3.  Pastikan tanaman menerima matahari yang mencukupi



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter