18 Okt 2014

Pembiakan : Semaian Keratan Batang

Oleh Tuan   ~

Spagahanum peat moss digunakan sebagai
media pengakaran

Pertumbuhan akar selepas 10 hari




Laruran SRI repellent telah digunakan
sebagai rooting hormone

Harga - RM10.00 (150 g)

Kaedah 

1.  Pilih batang atau rating yang sesuai untuk dibuat keratan dari pokok induk.  Keratan yang sesuai ialah batang yang matang dan bersaiz besar.

2.  Keratan kemudian direndam dalam larutan Racun Organik SRI (pada kepekatan 2 penutup bagi setiap 500 ml air) selama 5-6 jam didalam bekas yang kedap udara (air tight).  Air yang digunakan hendaklah bebas dari sumber klorin.

3.  Rendam Sphagnum Moss didalam larutan Racun Organik pada kepekatan yang sama selama 30 minit.  Ini akan menyebabkan media tersebut akan mengembang.

4.  Keluarkan Sphagnum Moss dan ramas saperti meramas kelapa untuk mendapatkan Sphagnum Moss yg lembap tanpa titisan air.  Leraikan untuk buat lapisan bawah dalam bekas yang akan digunakan.

5.  Susun keratan yg telah direndam tadi dan timbuskan dgn satu lapisan Sphagnum Moss lagi sehingga keratan tidak kelihatan.

6.  Tutup bekas kedap udara tadi dan letak dibawah teduh di anjung rumah atau bangsal teduhan.  Pastikan ianya tidak menerima cahaya matahari secara terus.

7.  Buka bekas selama 5 minit setiap 3 atau 4 hari sekali untuk pengudaraan.  Keratan dijangka mula mengeluarkan akar dalam masa 6-8 hari.

8. Ulangkan proses ini sehingga hari ke 15-18.  Pada tahap ini, akar makin panjang dan mata tunas pula makin membesar.  Pada tahap ini kita ada pilihan untuk memindahkan ke dalam polybag atau membiarkan keratan ini terus membesar di dalam media spaghnum tadi.

9.  Pada tahap pertumbuhan seperti ini, mata tunas adalah agak rapuh dan mudah tercedera.  Dengan itu, proses hardening dengan menempatkan anak keratan tadi di dibawah rumah lindungan hujan hendaklah dijalankan.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter