17 Okt 2014

Jenis Pokok Tin - Common Fig, Smyrna, San Pedro & Capricafigs

Oleh Tuan   ~


Pokok tin pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan sifat-sifat perdebungaannya. Kumpulan tersebut adalah seperti berukut:

1. Persistent (atau common) figs - semua bunga adalah jenis betina dan tidak memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah. Buah terbentuk menerusi kaedah parthenocarpic. Kumpulan ini merupakan jenis yang digemari oleh peminat pokok tin. Antara varieti yang popular dikalangan peminat pokok tin ialah Dottato (Kadota), Black Mission, Brown Turkey, Brunswick dan Celeste.

Jenis ini merupakan jenis pilihan bagi peminat pokok tin di Malaysia. Antara varieti yang popular ialah Taiwan Golden Fig (TGF)

2. Caducous (atau Smyrna) figs - bunga daripada kumpulan ini memerlukan pendebungaan oleh fig wasp bagi memastikan buahnya membesar dan menghasilkan buah matang. Jika tidak, buah muda akan gugur sebelum matang. Antara varieti dari kumpulan ini ialah Smyrne (Lob Incir di Turkey) - (Calimyrna - Great Central Valley USA), Marabout, Inchàrio, dan Zidi.

3. Intermediate (or San Pedro) figs - buah terbentuk pada pengeluaran pertama (breba crop) sahaja. Pendebungaan adalah diperlukan untuk musim utama berikutnya. Antara varieti ini ialah Lampeira, King dan San Pedro.

4.  Caprifigs - Kumpulan ini menghasilkan buah yang kecil dan tidak boleh dimakan. Caprifigs hanya mengeluarkan bunga jantan dan tidak menghasilkan buah. Ia hanya untuk pendebungaan bunga pokok tin dari kumpulan Caducous (Symra) atau Intermediate (San Pedro).  Agen pendebungaan utama ialah tebuan kecil (Blastophaga Grosorum – Tiny Wasps). Penanam komersial akan menggantungkan bakul yang dipenuhi dengan buah Caprifigs yang mengandungi tebuan ini supaya dapat membantu process pendebungaan buah tin. Caprifigs telah ditanam dengan jayanya di Del Rio, Texas, seawal 1901.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter