20 Okt 2014

Buah Tin & Masalah Kesihatan Individu

Oleh Tuan   ~


Buah tin dan kandungan oxalates

Buah tin ialah antara buah-buahan yang mengandungi kandungan oxalates yang agak signifikan.  Bahan ini biasa terdapat secara asli pada tanaman dan dalam badan manusia.  Apabila kandungan oxalates terlampau tinggi dalam sistem cecair badan, ianya boleh membentuk kristal dan seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan, terutama bagi individu yang memang ada masalah penyakit batu karang.

Oxalates juga mungkin boleh mempengaruhi penyerapan calcium (Ca) oleh sistem tubuh manusia.  Walau bagaimana kesan kandungan oxalates tidaklah sehingga menyebabkan makanan yang mengandungi oxalates yang juga sumber calcium dilaran untuk dijadikan makanan harian.

Buah tin kering dan kandungan sulfites

Pada kebiasaanya, dalam pemprosesan buah tin kering secara komersial, ianya dirawat dengan gas sulfur dioxide atau sulfites untuk memanjangkan jangka hayat penyimpanan.  Sebatian megandungi sulfur juga diadunkan dengan buah tin kering untuk mengelakkan proses oxidasi.  Proses oxidasi boleh menyebabkan buah tin kering akan bertukar warna menjadi lebih pudar.  Kandungan sulfites boleh menjadi masalah bagi individu yang alahan kepadanya.  Kesan sulfites adalah lebih serius bagi mereka yang ada masalah asma.

Peraturan telah dibuat bahawa hasil tanaman yang diklasifikasi sebagai tanaman organik tidak seharusnnya mengandungi bahan sulfites ini.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter