17 Okt 2014

Hasilan Pokok Tin - Bunga Atau Buah?

Oleh Tuan   ~

Buah ada bermacam bentuk dari hampir bulat ke lonjong.  Buah biasanya hijau semasa muda 
dan bertukar ke hijau muda, kuning, coklat gelap atau apabila matang. Warna isi coklat, berair 
dan mempunyai cita rasa dan tahap kemanisan yang berbeza

Bagi pokok tin, apa yang kita panggil buah tu ialah sebenarnya gabungan banyak buah-buah kecil yang terbentuk dari satu jambak bunga. Gabungan buah-buah kecil yang berbentuk vase ini kadangkala dipanggil syconium.  Syconium primitif adalah berbentuk plat (plate) yang dipermukaan terdapat banyak bunga-bunga kecil.  Menerusi proses evolusi, plat ini melengkung keatas dan membentuk seperti bola. Dengan itu, bunga-bunga ini terletak didalam bola tadi dan pada hujung bebola tersebut satu lubang kecil yang dipanggil ostiole.  Serangga pendebunga akan memasuk lubang kecil ini untuk proses pendebungaan.

Buah tin ialah satu-satunya buah yang ranum sepenuhnya dan separuh kering dipokok.  Ianya tergolong dalam buah jenis non-climacteric sama seperti limau, anggur dan strawberry.  Buah-buah jenis ini tidak memerlukan etilina dalam proses peranuman sepenuhnya berbanding dengan buah-buahan lain sepertibuah epal, pisang dan mangga.


Ostiole - lubang ke syconium.  Dinding syconium - tangkai bunga yang bercantum. 
Bunga betina bercantum pada dinding syconium.  
archenes - buah yang mengandungi satu biji


Buah muda (warna pink) yang bercantum 
pada dinding syconium (warna puteh)




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter