20 Okt 2014

15 Khasiat Utama Buah Tin

Oleh Tuan   ~


Buah tin adalah antara buah-buahan yang berkhasiat dan sangat sesuai untuk di amalkan sebagai makanan harian.  Antara khasiatnya adalah seperti berikut:

1.  Mencegah kanser - kandungan coumarin dalam dalam buah tin mengurang risko kanser prostat. Pengambilan buah tin secara berkala boleh juga mengurangkan risiko kanser payu dara dan kanser kolon (colon)

2. Mengurangkan kolesterol - Buah tin mengandungi pectin iaitu fiber larut air (soluble). Bahan ini boleh mengurang kolesterol dalam darah

3. Boleh mencegah darah tinggi dan serangan penyakit jantung - Buah tin mengandungi potassium, Omega 3 dan Omega 6 yang tinggi.  Bahan berupaya mengawal tekanan darah dan seterusnya serangan jantung

4. Membantu merawat diabetes - Daun teen mempunyai sifat merawat yang baik. Air rendaman daun tin kering boleh mengurangkan pengambilan insulin.

5. Pengambilan buah tin boleh mengurangkan keletihan, meningkatkan daya ingatan dan mengawal anemia (kekurangan sel darah merah)

6. Buah tin bersifat laxative - Pengambilannya boleh mengurangkan masalah sembelit yang kronik.

7. Pengambilan buah tin setiap hari boleh bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah yang berkaitan dengan hemorrhoids.

8. Boleh merawat radang seperti abses atau ulser pada kulit.

9. Boleh dijadikan pembersih kulit dan boleh mencegah serta merawat jerawat.

10. Buah tin mengandungi kalsium (Ca) yang tinggi.  Ianya boleh diambil sebagai kepada susu bagi mereka yang alergik kepada susu.

11. Buah tin mengandungi benzaldehid sebagai phenol dan agen anti tumor.  Bahan ini boleh membunuh pathogen, fungus dan virus dalam sistem badan manusia.

12. Buah tin mengandungi diet fiber yang tinggi.  Buah tin boleh diamalkan dalam progran pengurangan berat badan.

13. Kandungan kalsium dan potassium yang tinggi boleh mengurang proses osteoporosis dan seterusnya meningkatkan ketumpatan tulang..

14. Kandungan tryptophan dalam buah tin boleh menyebabkan tidur yang lebih berkualiti dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan tidur seperti insomnia.

15. Fig juga digunakan untuk meningkatkan tenaga batin.

Rujukan :

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter